iklan seketika

Followers

Sunday 12 August 2012

Kenapa aku?

Assalamualaikum, kepada saudara dan saudari yg terbaca blog sy ni, sy nk bgtau jika dalam entry2 sy ada sy menggunakan perkataan aku, itu adalah sebenar sy bercakap dgn diri sy sendiri bukan dgn saudara dan saudari, blog ni adakalanya banyak tentang soalan yg sy kemukakan pada diri sy sendiri. Selamat berpuasa, maaf zahir dan batin

Aku nk tahu cara niat solat tahajjud


Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.
DALIL
Firman Allah Taala :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
Maksudnya : "Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"

NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
 
DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : "Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"

Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil istighfar.


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ ‏لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya :

"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"
 

Ya Allah berilah petunjuk kepadaku dlm membuat keputusan

Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"
DOA
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْعَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ
Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

batalkah solatku jika aku

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut: 1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.
4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.
f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.
7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

Wednesday 8 August 2012

Shila Hamzah bertudung, satu penghijrahan yg baik



7 Ogos – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, penyanyi popular Shila Amzah telah mengambil keputusan untuk memakai tudung.
Menurut laporan daripada sebuah blog hiburan tempatan, Shila atau nama sebenarnya Nur Shila Amir Amzah mengakui bahawa dirinya telah 'berhijrah' dan akan terus mengekalkan imej bertudung.
"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung.
Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.
"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.


sumber: 

Malam Lailatul Qadar, malam yang di nanti-nantikan oleh seluruh umat Islam

10 akhir Ramadhan (bermula jumaat ini) adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.
Sebab turun surah Al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah s.w.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 patah perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”
Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silap ku.
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samaada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
·        Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
·        Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
·        Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
·        Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala ceruk yang gelap gelita.
·        Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
·        Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
·        Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih qaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Marilah kita bersungguh-sungguh mencari malam yang begitu berkat dan dirahmati ini yang datangnya hanya setahun sekali sahaja.. marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keuntungan akhirat yang kekal abadi seperti mana kita berusaha bersungguh-sungguh mendapat keuntungan dunia yang sementara..
Janganlah kita hanya BIJAKSINI tetapi yang lebih penting ialah BIJAKSANA..
Rujukan:
http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2001/a3.htm
http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

Monday 6 August 2012

kata-kata untuk rohani dan jasmani

Ya Allah tolong hambaMu ini

"Aku memohon perlindungan dengan Mu Ya Allah daripada kegelisahan dan dukacita; aku memohon perlindungan dengan- Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada sifat pengecut dan tamak; dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada tumpukan hutang dan tekanan serta paksaan orang".  Amin ya Rabbal A'lamin. [Muttafaq Alayh]

Sunday 5 August 2012

Apa yg Saya faham ttg Nuzul Al-Quran



Hari ni dah masuk 17 hari kita berpuasa di bulan ramadhan yg mulia  ini. Hajar rasa tertarik untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nuzul Quran. Secara ringkasnya nuzul Quran adalah malam diturunkan  Al-quran oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tarikh 17 ramadhan  merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT  seperti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Seperti yang kita maklum. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30 juzuk  dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi Muhammad SAW

Apa itu Malam Qadar?
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadhan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”
Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Turunnya Al-Quran  bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan  panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.

Allah nyatakan dalam Al-Quran:
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran di mana Al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :

" Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.

Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran,  As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”
Nabi berpesan:
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”
Melayukini.net - Kita merupakan umat nabi akhir zaman yang mana kitab al-Quran ini sudah sedia dibukukan. Berbanding pada zaman rasulullah SAW dahulu. Tiada sebarang pengumpulan al-Quran pada ketika itu. Tetapi kita  yang tinggal baca al-Quran sahaja pun, masih lagi liat untuk membukanya. Semoga pada bulan Ramadhan ini, hati kita dibukakan untuk mempunyai azam membaca al-Quran secara lebih kerap lagi.

 


Sumber: JAIS Selangor | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

Saturday 4 August 2012

to some one that i love


part time job during take 5mnt break

Assalamualaikum, hai semua selamat pg dan salam ramadhan, this morning Hajar nk citer pasal aktiviti hajar dgn member masa kami ada kelas BPM semlm, masa lecturer bg take 5 mnt break after lecture, hajar n member buat keja ni..hehehe borink2 :), x salahkan dan tak ganggu sapakan :)
Member hajar suka bergambr jd hajar pu join skali posing2, ala posing2 kat tepi kelas ja smentara mencukupkan waktu break.
haha ni lah part time job yg dimaksudkan :), kepada Dilla n Noni jgn marah yer ;)

Friday 3 August 2012

KEAJAIBAN KAABAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam as. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina semula Kaabah, seterusnya pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa pembinaan semula Kaabah selepas itu.
Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahu’alam….


Sumber : hasnulhadiahmad.com

Subhanallah.. terbinanya Kaabah untuk umat Islam


Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail as :

"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara" Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya."

Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan :

  1. Tinggi Kaabah sembilan hasta.
  2. Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
  3. Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta.
  4. Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta.
  5. Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta.
  6. Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.
  7. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.

Menyelami erti cinta


Jum kita baca seketika artikel ni

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan.
CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.
Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.
Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.
Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.
Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.
Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.
Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan.
Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.
Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.
Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan. Firman Allah: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” – surah al-Imran :92.
Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan: “Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan” – hadis riwayat al-Tabrani.
Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: “Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk” – Hadis riwayat Bukhari.
Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.
Firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani” – surah al-Imran :31
Sumber: Kosmo!

CARA NAK BUAT KOTAK FOLLOWER

Assalamualaikum, malam ni Hajar da la buka blog jap, intai-intai tengok kalau2 ada benda baru. Kelip punya kelip mata hajar terpandang la kat kotak cbox tu da some one tanya macam na nak buat follower tu, ok let me teach you how to make it, mcm ni mula p dekat DESIGN pastu klick layout, selepas klick layout klick ADD GADJET, pastu dia akn kuar satu page yg da senarai option, dlam senarai tu pilih follower, pastu klick save and then view blog. Selamat mencuba

Wednesday 1 August 2012

SEGMENT: TAMBAH FOLLOWER BAGI SAMPAI 1000+



Assalamualaikum.. hai geng blogger hari ni Hajar da entri baru nak kongsi dengan korang, menarik jugak entry ni. Nak tahu apa yang menarik tentang entri ni?. Oklah tak nak cakap banyak-banyak dan buatkan geng tertunggu-tunggu nak tahu., yang menariknya adalah ajak kawan ramai-ramai mai tengok blog kita pastu tambah follower..wah menarik kan..

Setakat ni Hajar punya follower cuma 14 orang, korang mesti dah ramaikan? hajar baru ja da blog ni, saja-saja ja buat blog ni, yang pastinya Hajar nak kongsi apa Yang hajar tahu dengan korang.

oklah langkah pertama geng blogger copy dulu header hajar kat bawah ni dan masukkan kat entry korang dan link kan pastu tag la dekat kwn2korang

http://hajarislove.blogspot.com
Pastu copy pulak header ni dan link kan. Ok selamat mencuba dan sama-sama kita menambah kawan-kawan


Tuesday 31 July 2012

Hari ni Nak MaSaK Tom Yam Campur

Tom Yam Campur
Sumber: Buku Resepi Selera Perantau
Hits: 5316 Rating: 3.55 Review: 0 
 
Bahan-Bahan:
½ ekor ayam (dipotong kecil)
¼ kg udang
2 batang serai(ditumbuk)
2 labu bawang besar(dibelah enam)
1 kiub perasa tom yam
2 camca besar air asam limau nipis
¼ kg sotong
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(dibelah enam)
2 camca besar cili boh atau cili serbuk
Gula dan garam secukup rasa
Cara:
Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.

Saturday 28 July 2012

Nak kongsi info 4 rahsia awet muda




Assalamualaikum, selamat pagi semua dan selamat berpuasa, Hajar nak kongsi skit info yg Hajar dapat dr bacaan Hajar kat majalah anis. Ermmm menarik juga tajuk ni kepada mereka2 yg sukakan kecantikan termasuklah diri Hajar sendiri.  




Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah bt Mahamood, rahsia seseorang anak untuk kelihatan awek muda terletak pada 4 PERKARA. Nak tahu tak 4 perkara tu apa dia?. Sebenarnya perkara tu adalah sesuatu yang paling mudah kita lakukan, amalkan dan ikhlas. Ermmm kawan-kawan rasa apa agaknya ye 4 perkara tu?  ermmm tak pal ah tak perlu fikir lama-lama, 4 perkara tu adalah taat kepada ibu, segera menyahut panggilannya, tidak mengengkari segala perintah baiknya dan tidak menghina ibu walaupun apa yang ibu buat bercanggah dengan pandangan kita. 



Anak yang merai dan memuliakan ibu akan terpancar kejernihan dan ketenangan di wajahnya, dan inilah yang dikatakan sumber keberkatan hidup. Info ni lah yg buatkan Hajar rasa nk berkongsi dgn pembaca -pembaca blog. Selamat beramal, Assalamualaikum :)

Thursday 26 July 2012

Aduh!!! ingatkan betul



25 Jul – Peminat Zed Zaidi digemburkan dengan berita kemalangan beliau pada malam semalam apabila sekeping gambar yang menunjukkan beliau cedera tersebar luas di Internet, membuatkan #PrayForZedZaidi menjadi trend di laman Twitter.
Menurut laporan dari Mynewshub, berita tersebut ternyata tidak benar sama sekali apabila ianya dinafikan oleh rakan Zed Zaidi, iaitu Dato Shah Rezza yang juga merupakan seorang pelakon, menerusi Twitter beliau @RajaRezza.
Ujar Shah Rezza, beliau menerima panggilan telefon dari Zed Zaidi yang menjelaskan bahawa gambar tersebut hanyalah sebahagian daripada babak lakonan yang diambil dari sesi penggambaran filem terbaru beliau.
Besar kemungkinan gambar tersebut diambil oleh orang yang lalu berhampiran set penggambaran dan terus dimuatkan ke internet. Tidak kira apa motifnya, kemalangan dan kematian adalah suatu yang tidak boleh dibuat gurauan.
Yang pasti, para peminat tidak perlu risaukan hal itu kerana segala yang berlaku pada malam semalam dan awal pagi ini adalah sebuah salah faham.

sumber: yahoo.com

NIKON DSLR D90

Aduh teruja saya tengok camera ni, memag best guna camera ni sebab semua imej yg dirakam nampak real dan cantik, bertambah baik kalau kita mahir mengunakan segala tool-tool yang ada kat camera ni. Wartawan banyak guna camera jenis DSLR untuk buat kerja2 depa. Kualiti gambar pun mmg superb. harga kamera ni dlam rm2k keats, tu pun belum complete set. Dulu saya pernah guna camera jenis canon. Kepada kawan-kawan yg da niat nk beli camera dan nk berjinak-jinak dgn dunia fotography sy cadangkn beli camera ni.. x rugi byk kelebihan yg korunk akn dpt. wah cam kempen plk :), sebenarnya saya bukan kempen cuma nk kongsi apa yg sy tahu. Bila kita ada camera macam ni mcm2 idea akn keluar, selalunya mereka2 yg memiliki camera jenis ni byk yg terlibat dgn bisnes pertandingan fotografi dan macam2 lagi la. ok lah setakat ni saja yg boleh sy coretkan tuk entry kali. semoga x bosan membaca nyerrr :)

Sunday 22 July 2012

PERKARA YG PERLU DAN TAK PERLU DILAKUKAN

Assalamualaikum, hai selamat pagi untuk diriku sendiri dan kepada semua kawan-kawan yang tertengok blog cik jat ni, ermm pagi ni  mai keja awal, alhamdulillah, mungkin sebab bermalam di rumah kakak kot buatkan cik jat semangat mai keja awal, mana tak nya kat umah kak pepagi buta dah riuh dengan suara dia kejut  2 orang hero kecik dlm umah tu, macam kelaku ada, adakalanya rasa nak tergelak tengok kelaku 2 hero tu. Bila ada suasana riuh camtu mula la cik jat pun nak jadi kalut untuk jadi yang pertama masuk bilik ayaq sebelum hero-hero tu masuk dulu. Kalau cik jat bg hero-hero tu masuk dulu jawabnya cik jat jd lambat la. Kalau kat umah cik jat sendiri cik jat slow motion ja sb tempat keja dgn umah dekat, heleh 5 mnt jer tp dah dok umah kak take time 15 mnt tuk sampai ke tempat keja.
 Ok habis dah bab ni so cik jat nak cerita plk pasal di meja kaunter, oleh kerana pagi ni cik jat duk kaunter awal, cik jat buka la email uummmail, ermmm dalam email ni da satu benda yg buatkan cik jat rasa nk baca dan nak kongsi, tu ha kat atas tu ada gambar yg simple dan mudah di fahami ttg perkara-perkara yg perlu dilakukan dan tak perlu dilakukan dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini. sebagai penutup entry di pagi ni cik jat doakan tuk diri cik jat dan kawan2 serta kepada semua muslimin dan muslimat agar kita mendapat rahmat dari Allah ya Rahman ya Rahim, amin ya Rabbal'alamin.


tamat kerja pukul 4.30pm

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kakitangan kerajaan di benarkan pulang setengah jam awal, so aku hari akan balik kul 4.30pm selalunya kul 5.00. jadi petang ni boleh la atur rancangan mana satu bazar yg nk pi.

Saturday 21 July 2012

SaMbut Ramadhan

Assalamualaikum semua..
Ermm nampaknya jam sudah pukul 12.14 tengah hari, lagi 7 jam setengah lg tibalah waktu untuk berbuka puasa, hari ni rs sunyi sikit kat opis bila da kawan-kawan yang bercuti, anyway kerja tetap jalan ;) walau pun tiada teman-teman yang amat diperlukan.

Entry hari ni kisah sambut puasa dan plan yang tak jadi, tu la kan org kata kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kisahnya macam ni, saya merancang dengan kakak untuk bawa mak dan ayah mai sambut posa kat Changlon ni pada hari Khamis lepas tapi semua tu tak jadi gara-gara kereta abg ipar rosak dan terpaksa masuk bengkel jadi rancangan untuk ambik mak dan ayah terbatal. So Khamis malam saya bermalam la di rumah kakak, pagi Jumaat tiba-tiba dapat call dari mak tanya 'tak balik ka? sementara awal ni balik la, lagi pun kat umah tak da benda apa lagi tuk sok pagi esok. Aduh saya mula rasa bersalah dan tak sampai hati bila dengar suara mak dalam telefon. Suara seorang ibu mengharapkan kepulangan anaknya. Bagi menghilang rasa sunyi seorang ibu dan ayah, aku pun memberi jawapan insyaAllah sat lagi cik sampai. Tepat jam 11.00 pagi saya pun bertolak la balik kampung yang dicintai kul 12.15 tengah hari sampai la.

Petang Jumaat, kakak-kakak sekeluarga balik mai berhimpun dan bersahur di rumah mak, jam 3.40pg orang pertama yang bangun dulu mak la, pastu aku dan kakak-kakak, kami bangun masak sup daging, buat ayaq asam, ikan keli goreng, telur ayam, ulam, tokua gorang dan temenung goreng sebagai juadah untuk bersahur. Pukul 5.00pg si kakak-kakak ni mula la pi kejutkan anak-anak depa dan suami depa, aku pulak tak perlu kejut sapa-sapa sebab aku belum ada tanggungjawab macam kakak-kakakku. Wahhhh.. meriah sungguh di pagi sahur tu sampai masa aku tengah makan tiba-tiba aku rasa macam makan nasik di waktu tengah hari pulak. Bila makan ramai-ramai rasa berselera pulak makan, mak pun lalu makan, alhamdulillah. Semoga kami sekeluarga dirahmati Allah.

Hari pertama puasa rasa haus sangat, lapar tu tak rasa pulak cuma rasa haus yang sangat-sangat dan terasa amat letih. Jam 2.30ptg layan cerita hindustand dengan mak, teh dan anak-anaknya. Cerita hundustand tau la punya panjang cerita, dari kul 2.30 sampai kul 5 baru habis.. ha puas. cerita pun best la hero dia Shahrukh khan dan heroin Madhuri dexit.. so layan la..tajuk cerita tu alamak..x tgk pun..hehehe nampak sgt aku ni tak peka..ish..ish x elok tu..haha jgn tiru sikap camni tau, tp kalau nk tiru pun x pa sb x kena bayaran pun :)

Pukul 6.00pm aku dan mak keluar p bazar Tanah Merah, hah hari pertama aku posa aku macam sombong sikit dengan juadah-juadah lauk pauk yang dijual dibazar tu, ha aku pandang sebelah mata ja, yang aku terliur hanyalah air tebu.. maka air tebu sajalah yg dibeli oleh aku, manakala mak aku pula tak habis-habis dengan pajeri rebung dan nenas, asal jumpa pajeri je dia beli, beli la mak janji mak lalu makan :). tepat jam 6.45pm aku dengan mak pun balik la, sampai umah terus berhidang, tp aku oleh kerana teringin nak makan kerabu pelam, aku sempat lagi cincang buah pelam tu dan buat kerabu. ermmmm sedap....... aku buka posa makan nasik putih + kerabu pelam + air tebu.. erkk alhamdulillah. Tamat la sudah episod bersahur dan berbuka puasa bersama mak dan ayah serta adik beradik pada 1 Ramadhan.