Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia”
(Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah
al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah
merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat
baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam.
Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka
berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang.
Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan
haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang
mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah
struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua
umat Islam di seluruh dunia.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12
kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima
hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam as. Allah SWT
menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia
menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina
semula Kaabah, seterusnya pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah
mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum
baginda menjadi Rasul. Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa pembinaan
semula Kaabah selepas itu.
Berikut adalah 16 perkara tentang
Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang
mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi,
dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar
oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi
memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai
pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion
negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati
adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh
elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk
melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh
mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin
dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang
tinggi.
8. Malah teknologi satelit pun
tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak
mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti
yang tinggi.
9. Tempat yang paling tinggi
tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah
tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun
di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah bukan sekadar
bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ
pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling
dirahmati.
11. Tidur dengan posisi
menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif
hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan mengelilingi
Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam
semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah
tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah atau apa
saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi
Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat
dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di
Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14. Manakala bilangan tujuh itu
adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa
maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan
sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
15. Larangan memakai topi,
songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat
antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai
manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan
dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas selesai semua itu
baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada
pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk
membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya
gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahu’alam….Sumber : hasnulhadiahmad.com
No comments:
Post a Comment
.: Terima Kasih Diatas Komen-Komen Anda! :-) Jangan Lupe Komen Lagi tau! :.