iklan seketika

Followers

Tuesday 31 July 2012

Hari ni Nak MaSaK Tom Yam Campur

Tom Yam Campur
Sumber: Buku Resepi Selera Perantau
Hits: 5316 Rating: 3.55 Review: 0 
 
Bahan-Bahan:
½ ekor ayam (dipotong kecil)
¼ kg udang
2 batang serai(ditumbuk)
2 labu bawang besar(dibelah enam)
1 kiub perasa tom yam
2 camca besar air asam limau nipis
¼ kg sotong
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(dibelah enam)
2 camca besar cili boh atau cili serbuk
Gula dan garam secukup rasa
Cara:
Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.

Saturday 28 July 2012

Nak kongsi info 4 rahsia awet muda




Assalamualaikum, selamat pagi semua dan selamat berpuasa, Hajar nak kongsi skit info yg Hajar dapat dr bacaan Hajar kat majalah anis. Ermmm menarik juga tajuk ni kepada mereka2 yg sukakan kecantikan termasuklah diri Hajar sendiri.  




Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah bt Mahamood, rahsia seseorang anak untuk kelihatan awek muda terletak pada 4 PERKARA. Nak tahu tak 4 perkara tu apa dia?. Sebenarnya perkara tu adalah sesuatu yang paling mudah kita lakukan, amalkan dan ikhlas. Ermmm kawan-kawan rasa apa agaknya ye 4 perkara tu?  ermmm tak pal ah tak perlu fikir lama-lama, 4 perkara tu adalah taat kepada ibu, segera menyahut panggilannya, tidak mengengkari segala perintah baiknya dan tidak menghina ibu walaupun apa yang ibu buat bercanggah dengan pandangan kita. 



Anak yang merai dan memuliakan ibu akan terpancar kejernihan dan ketenangan di wajahnya, dan inilah yang dikatakan sumber keberkatan hidup. Info ni lah yg buatkan Hajar rasa nk berkongsi dgn pembaca -pembaca blog. Selamat beramal, Assalamualaikum :)

Thursday 26 July 2012

Aduh!!! ingatkan betul



25 Jul – Peminat Zed Zaidi digemburkan dengan berita kemalangan beliau pada malam semalam apabila sekeping gambar yang menunjukkan beliau cedera tersebar luas di Internet, membuatkan #PrayForZedZaidi menjadi trend di laman Twitter.
Menurut laporan dari Mynewshub, berita tersebut ternyata tidak benar sama sekali apabila ianya dinafikan oleh rakan Zed Zaidi, iaitu Dato Shah Rezza yang juga merupakan seorang pelakon, menerusi Twitter beliau @RajaRezza.
Ujar Shah Rezza, beliau menerima panggilan telefon dari Zed Zaidi yang menjelaskan bahawa gambar tersebut hanyalah sebahagian daripada babak lakonan yang diambil dari sesi penggambaran filem terbaru beliau.
Besar kemungkinan gambar tersebut diambil oleh orang yang lalu berhampiran set penggambaran dan terus dimuatkan ke internet. Tidak kira apa motifnya, kemalangan dan kematian adalah suatu yang tidak boleh dibuat gurauan.
Yang pasti, para peminat tidak perlu risaukan hal itu kerana segala yang berlaku pada malam semalam dan awal pagi ini adalah sebuah salah faham.

sumber: yahoo.com

NIKON DSLR D90

Aduh teruja saya tengok camera ni, memag best guna camera ni sebab semua imej yg dirakam nampak real dan cantik, bertambah baik kalau kita mahir mengunakan segala tool-tool yang ada kat camera ni. Wartawan banyak guna camera jenis DSLR untuk buat kerja2 depa. Kualiti gambar pun mmg superb. harga kamera ni dlam rm2k keats, tu pun belum complete set. Dulu saya pernah guna camera jenis canon. Kepada kawan-kawan yg da niat nk beli camera dan nk berjinak-jinak dgn dunia fotography sy cadangkn beli camera ni.. x rugi byk kelebihan yg korunk akn dpt. wah cam kempen plk :), sebenarnya saya bukan kempen cuma nk kongsi apa yg sy tahu. Bila kita ada camera macam ni mcm2 idea akn keluar, selalunya mereka2 yg memiliki camera jenis ni byk yg terlibat dgn bisnes pertandingan fotografi dan macam2 lagi la. ok lah setakat ni saja yg boleh sy coretkan tuk entry kali. semoga x bosan membaca nyerrr :)

Sunday 22 July 2012

PERKARA YG PERLU DAN TAK PERLU DILAKUKAN

Assalamualaikum, hai selamat pagi untuk diriku sendiri dan kepada semua kawan-kawan yang tertengok blog cik jat ni, ermm pagi ni  mai keja awal, alhamdulillah, mungkin sebab bermalam di rumah kakak kot buatkan cik jat semangat mai keja awal, mana tak nya kat umah kak pepagi buta dah riuh dengan suara dia kejut  2 orang hero kecik dlm umah tu, macam kelaku ada, adakalanya rasa nak tergelak tengok kelaku 2 hero tu. Bila ada suasana riuh camtu mula la cik jat pun nak jadi kalut untuk jadi yang pertama masuk bilik ayaq sebelum hero-hero tu masuk dulu. Kalau cik jat bg hero-hero tu masuk dulu jawabnya cik jat jd lambat la. Kalau kat umah cik jat sendiri cik jat slow motion ja sb tempat keja dgn umah dekat, heleh 5 mnt jer tp dah dok umah kak take time 15 mnt tuk sampai ke tempat keja.
 Ok habis dah bab ni so cik jat nak cerita plk pasal di meja kaunter, oleh kerana pagi ni cik jat duk kaunter awal, cik jat buka la email uummmail, ermmm dalam email ni da satu benda yg buatkan cik jat rasa nk baca dan nak kongsi, tu ha kat atas tu ada gambar yg simple dan mudah di fahami ttg perkara-perkara yg perlu dilakukan dan tak perlu dilakukan dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini. sebagai penutup entry di pagi ni cik jat doakan tuk diri cik jat dan kawan2 serta kepada semua muslimin dan muslimat agar kita mendapat rahmat dari Allah ya Rahman ya Rahim, amin ya Rabbal'alamin.


tamat kerja pukul 4.30pm

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kakitangan kerajaan di benarkan pulang setengah jam awal, so aku hari akan balik kul 4.30pm selalunya kul 5.00. jadi petang ni boleh la atur rancangan mana satu bazar yg nk pi.

Saturday 21 July 2012

SaMbut Ramadhan

Assalamualaikum semua..
Ermm nampaknya jam sudah pukul 12.14 tengah hari, lagi 7 jam setengah lg tibalah waktu untuk berbuka puasa, hari ni rs sunyi sikit kat opis bila da kawan-kawan yang bercuti, anyway kerja tetap jalan ;) walau pun tiada teman-teman yang amat diperlukan.

Entry hari ni kisah sambut puasa dan plan yang tak jadi, tu la kan org kata kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kisahnya macam ni, saya merancang dengan kakak untuk bawa mak dan ayah mai sambut posa kat Changlon ni pada hari Khamis lepas tapi semua tu tak jadi gara-gara kereta abg ipar rosak dan terpaksa masuk bengkel jadi rancangan untuk ambik mak dan ayah terbatal. So Khamis malam saya bermalam la di rumah kakak, pagi Jumaat tiba-tiba dapat call dari mak tanya 'tak balik ka? sementara awal ni balik la, lagi pun kat umah tak da benda apa lagi tuk sok pagi esok. Aduh saya mula rasa bersalah dan tak sampai hati bila dengar suara mak dalam telefon. Suara seorang ibu mengharapkan kepulangan anaknya. Bagi menghilang rasa sunyi seorang ibu dan ayah, aku pun memberi jawapan insyaAllah sat lagi cik sampai. Tepat jam 11.00 pagi saya pun bertolak la balik kampung yang dicintai kul 12.15 tengah hari sampai la.

Petang Jumaat, kakak-kakak sekeluarga balik mai berhimpun dan bersahur di rumah mak, jam 3.40pg orang pertama yang bangun dulu mak la, pastu aku dan kakak-kakak, kami bangun masak sup daging, buat ayaq asam, ikan keli goreng, telur ayam, ulam, tokua gorang dan temenung goreng sebagai juadah untuk bersahur. Pukul 5.00pg si kakak-kakak ni mula la pi kejutkan anak-anak depa dan suami depa, aku pulak tak perlu kejut sapa-sapa sebab aku belum ada tanggungjawab macam kakak-kakakku. Wahhhh.. meriah sungguh di pagi sahur tu sampai masa aku tengah makan tiba-tiba aku rasa macam makan nasik di waktu tengah hari pulak. Bila makan ramai-ramai rasa berselera pulak makan, mak pun lalu makan, alhamdulillah. Semoga kami sekeluarga dirahmati Allah.

Hari pertama puasa rasa haus sangat, lapar tu tak rasa pulak cuma rasa haus yang sangat-sangat dan terasa amat letih. Jam 2.30ptg layan cerita hindustand dengan mak, teh dan anak-anaknya. Cerita hundustand tau la punya panjang cerita, dari kul 2.30 sampai kul 5 baru habis.. ha puas. cerita pun best la hero dia Shahrukh khan dan heroin Madhuri dexit.. so layan la..tajuk cerita tu alamak..x tgk pun..hehehe nampak sgt aku ni tak peka..ish..ish x elok tu..haha jgn tiru sikap camni tau, tp kalau nk tiru pun x pa sb x kena bayaran pun :)

Pukul 6.00pm aku dan mak keluar p bazar Tanah Merah, hah hari pertama aku posa aku macam sombong sikit dengan juadah-juadah lauk pauk yang dijual dibazar tu, ha aku pandang sebelah mata ja, yang aku terliur hanyalah air tebu.. maka air tebu sajalah yg dibeli oleh aku, manakala mak aku pula tak habis-habis dengan pajeri rebung dan nenas, asal jumpa pajeri je dia beli, beli la mak janji mak lalu makan :). tepat jam 6.45pm aku dengan mak pun balik la, sampai umah terus berhidang, tp aku oleh kerana teringin nak makan kerabu pelam, aku sempat lagi cincang buah pelam tu dan buat kerabu. ermmmm sedap....... aku buka posa makan nasik putih + kerabu pelam + air tebu.. erkk alhamdulillah. Tamat la sudah episod bersahur dan berbuka puasa bersama mak dan ayah serta adik beradik pada 1 Ramadhan.







Wednesday 18 July 2012

ohh blogku

Assalamualaikum..
Hai selamat pagi semua, sy sbenarnya br nk menghidupkan kembali blog yg telah lama terpadam dr sistem google ni, dulu sy dah pernah ada blog tp dek kerana tersalah langkah blog sy tu telah di remove oleh sistem secara mandatori!!! ermmm tiada lagi peluang untuk memujuk rayu walau pun dah berkali sy cb menekan nekan mana link yg membolehkan sy menghidupkan kembali blog sy tu..tp tetap tiada..ha pergi x kembali la jawapnya, tp kalau sy cb cari pakar yg boleh cr semula tentu sy dpt kembali blog sy tu. what ever x nk menyusahkan sapa2 sy biarkan je la blog yg hilang tu terus berlalu. Hari ni tanggal 19hb Julai 2012 sy kembali ada rs untuk mencipta semula blog baru dgn cerita2 terbaru yg bakal sy lalui. Mungkin sempena menyambut bulan ramadhan al mubarak ini sy rs sy dapat menghasilkan cerita2 menarik ttg pengalaman dan ilmu2 yg sy dapat untuk semua pembaca tak mengira peringkat, ermm x kisahlah sapa2 pun nk bc bacalah sb sy x kenakan bayaran cm sy mngambil sedikit masa kenalan semua utnuk membaca coretan sy ni. Akhir kalam, semoga kawan2 semua rs terhibur dgn entry2 sy yg akan datang. sa yo nara..sa yo nara, semoga kita berjumpa lagi :)